Publication

Ruangan ini memaparkan hasil karya para pensyarah JAPIM yang telah diterbitkan dalam pelbagai medium sama ada buku, jurnal, prosiding, rencana akhbar, rencana majalah dan sebagainya.

Publication

Fiqh Imam Sfafie - Dr Ridzuan Bin Ahmad

Buku ini secara asasnya membahaskan mengenai cara berfikir kc arah pembentukan fiqh dan bagaimana cara berfikir itu diaplikasikan dalam bentuk pembinaan hukum. Persoalan ini menjadi perbincangan para ilmuan berkaitan bagaimana cara melatih dan membentuk pemikiran ijtihad dalam kalangan pelajar, khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan masyarakat awam. Penerbitan buku ini diharapkan supaya dapat membantu para pensyarah, cendekiawan, dan ilmuwan dalam meneliti cara berfikir mujtahid yang ulung.

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia - Ustaz Md Zuki Bin Hashim

Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah bahan rujukan yang diusahakan bersama Ustaz Md Zuki Bin Hashim, Dr Hamdan Bin Aziz dan Dr Sivarajan untuk memperkayakan lagi bahan rujukan untuk kursus WAJ3101 yang merupakan mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar ijazah pertama di mana pusat pengajian tinggi yang menawarkan pengajian peringkat ijazah pertama. Buku ini diterbitkan pada tahun 2014.