Augerah Emas (Tempat Ketiga) Pertandingan Kreativiti & Inovasi Peringkat IPGM 2016

27/10/2016 15:24

Alhamdulillah atas usaha gigih serta semangat berpasukan yang tinggi, maka telah membuahkan hasil yang memberikan kepuasan. Pasukan i-21st Century yang mewakili IPGKSAH dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi Peringkat IPGM (Kebangsaan) telah meraih Anugerah Emas (Tempat Ketiga). Produk yang dipertaruhkan ialah LIJA (Lipat Jawi) yang dibangunkan bersama produk iringan LALIJA. Pasukan ini diwakili oleh dua orang ahli JAPIM IPGKSAH iaitu  Puan Hajjah Shabibah Binti Shaufit Afandi dan Ustaz Md Zuki Bin Hashim. Pertandingan ini telah diadakan pada 11-12 Oktober 2016 bertempat di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

 


Read more: https://mdzuki.webnode.com/